Meskipun negara catat pertumbuhan ekonomi pada suku kedua tahun ini, namun pakar ekonomi berpendapat kerajaan masih perlu meneruskan subsidi dan kawalan harga siling barangan asas.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Dr Nurhani Aba Ibrahim berkata ia berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) makanan catatkan kadar inflasi 6.2 peratus, iaitu tertinggi berbanding kumpulan barangan lain.