Pakatan Harapan (PH) masih belum membincangkan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengarah Komunikasi Gabungan itu, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan berkenaan masih terlalu awal memandangkan PH masih belum membuat sebarang keputusan mengenai rundingan kerusi.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini menegaskan bahawa khemah besar bukan strategi utama untuk pilihan raya, sebaliknya PH perlu memperkukuh kembali kepada mencari jalan penyelesaian dan buat penawaran kepada rakyat.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abdul Muis membincangkan mengenai kerjasama dalam kalangan gabungan parti dan juga konsep khemah besar ini dalam situasi politik semasa.