Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis telah mempengerusikan mesyuarat anggota Majlis Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) kali ke-29.
Sejak Januari sehingga 31 Julai 2022, NCIA telah berjaya menarik pelaburan yang diluluskan sebanyak RM17.25 bilion yang akan menghasilkan 12,315 peluang pekerjaan baharu.