Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) peringkat kementerian diyakini mampu memupuk serta membudayakan penjanaan idea-idea baharu dalam kalangan penjawat awam khasnya di Sarawak.
Penganjuran ini akan menjadi platform kepada kumpulan KIK daripada setiap jabatan dan agensi melonjakkan prestasi, kecekapan serta keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan.