Sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merapatkan barisan, menerima kepimpinan tertinggi yang dipilih serta menggerakkan strategi baharu untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .
Jelas Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Sivamurugan Pandian, apa sahaja keputusan dicapai pemilihan baru-baru ini harus dihormati dan diraikan bagi memenangkan parti menjelang PRU15 akan datang.