Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bakal mendedahkan nama ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan wang projek kapal tempur pesisir (LCS) pada Isnin.
Menurutnya, pendedahan itu boleh dibuat berikutan telah mempunyai bukti individu berkenaan terlibat skandal tersebut.