Sekurang-kurangnya tujuh mangsa, termasuk seorang kanak-kanak terkorban dalam kejadian tanah runtuh di sebuah makam yang sering dikunjungi pengikut Syiah di Iraq.
Ketika operasi mencari dan menyelamat masih digiatkan pada isnin, pihak berkuasa mengesahkan bahawa dua lagi mayat ditemui di bawah timbunan tanah bersebelahan Makam Qattarat Al-Imam Ali.