Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius terhadap isu golongan selebriti yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape dalam khalayak ramai.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tingkah laku sedemikian menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja.