Kira-kira 50,000 orang dijangka membanjiri Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek berkata orang ramai sudah pasti tidak sabar untuk hadir bagi menyaksikan detik bersejarah itu.