Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) merayu kerajaan menunjukkan iltizam politik dengan memperbetulkan sistem perundangan terhadap kerakyatan anak wanita Malaysia yang dilahirkan di luar negara.