Saya ingin menyentuh mengenai angin PRU15 yang semakin bertiup kencang.
Dan menjelang hujung minggu ini pula, parti Pas akan menganjurkan Muktamar Tahunan Pas Ke-68 yang akan berlangsung di Kedah pada 3 September ini.
Pastinya muktamar kali ini tumpuan diberikan soal siap sedia hadapi PRU kerana muktamar Pas itu adalah terakhir sebelum PRU.
Kita ingin lihat apa persiapan Pas dalam muktamar nanti dan komen pendirian parti itu terhadap gesaan supaya PRU diadakan segera,.bersama dengan saya Muhafandi Muhamad, wakil Astro AWANI Kelantan.