Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong bersedia digegarkan dengan laungan Merdeka sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 31 Ogos 2022.
Bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama, pelbagai acara diatur termasuk persembahan tarian diiringi rentak seribu muzik melalui persembahan pembukaan genderang kenyalang serta tarian perpaduan.