Pelaksanaan subsidi bersasar penting dalam memastikan golongan yang layak menerima manfaat sebenar daripada kerajaan susulan tekanan inflasi.
Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid berkata melihat kepada situasi sebelum ini, wujud pihak yang menikmati subsidi meskipun tidak terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi.