Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati ada pelanggaran hak asasi manusia yang serius dalam penahanan etnik Uighur di Xinjiang oleh kerajaan China.
Dalam satu laporan, pejabat itu berkata, layanan kerajaan China terhadap etnik Uighur dan kumpulan minoriti umat Islam yang lain di wilayah berkenaan mungkin melibatkan jenayah kemanusiaan.