Semua pihak perlu menerima bahawa suara dan pemikiran belia masa kini mengenai kemerdekaan adalah jauh berbeza dengan suara kemerdekaan mereka yang terdahulu.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun Dr Sivarajan Ponniah, belia banyak menyuarakan isu-isu yang membelenggu negara ketika ini, dan perkara itu adalah perjuangan yang perlu didengari ketika ini.