Kajian berhubung keperluan melonggarkan pemakaian pelitup muka di negara ini masih di peringkat akhir perbincangan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata keputusan mengenainya akan diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam masa terdekat.