Seorang lelaki maut selepas kenderaan Proton Wira yang dipandunya melanggar lori yang membawa muatan kayu balak.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, insiden berlaku di Simpang Bijih, Jalan Sibu-Selangau sekitar jam 8.00 malam pada Jumaat.