Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya cubaan membunuh Naib Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner pada lewat malam Khamis, 1 September 2022.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia berdiri teguh solidariti bersama kerajaan dan rakyat Argentina menolak semua bentuk keganasan.