Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Liz Truss yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu pada Selasa.
Dalam perkongsian ringkasnya menerusi ciapan di Twitter, beliau melihat peluang untuk terus bekerja rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua negara.