Sepasang suami isteri tabah menguruskan tiga anaknya yang menghidap penyakit tiroid, lupus eritematosus sistemik (SLE) atau radang sendi dan tekanan darah rendah.
Mohd Azura @ Azri Mat Rusof yang menetap di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, Gua Musang, Kelantan, gigih mencari rezeki sebagai buruh kampung bagi menampung perbelanjaan keluarga serta perubatan anaknya.