Sebuah helikopter swasta dikhuatiri hilang di kawasan hutan di sekitar kawasan Bidor, Perak, tengah hari tadi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, helikopter jenis Eurocopter itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) kira-kira jam 12.16 tengah hari.