Kertas cadangan untuk dekriminalisasi bunuh diri kini dalam peringkat akhir di Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, dekriminalisasi atau penyingkiran hukuman jenayah atas percubaan bunuh diri merupakan sesuatu yang sentiasa beliau ingin lakukan sejak dilantik menjadi Menteri Kesihatan.