Piala Raja Thailand | Pan Gon kekalkan majoriti pemain, Brendan turut tersenarai

AWANI 2022-09-22

Views 0

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon mengekalkan 17 daripada 23 pemain yang melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2023, bagi menghadapi kejohanan Piala Raja Thailand bermula dari 22 hingga 25 September ini di Chiang Mai.

Antara lapan pemain baharu yang dipanggil adalah tiga pemain muda berusia 21 tahun daripada skuad bawah-23 tahun kebangsaan iaitu penjaga gol Rahadiazli Rahalim, Azam Azmi Murad dan Mukhairi Ajmal Mahadi.

Share This Video


Download

  
Report form