Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyediakan beberapa pangkalan hadapan bagi memudahkan penghantaran bantuan makanan kepada mangsa banjir di negeri itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata mekanisme itu akan mempercepatkan perhubungan antara agensi serta penduduk terjejas terutama melibatkan kawasan capaian telekomunikasi rendah.