[TERKINI] Cuaca Di Malaysia | Amaran hujan lebat, angin kencang di 10 negeri

AWANI 2022-09-22

Views 0

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan membabitkan 10 negeri pada pagi Ahad.

MetMalaysia melalui makluman di Facebook, berkata selain ribut petir dan hujan lebat, angin kencang sehingga jam 10 pagi ini juga diramal meliputi seluruh Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka, serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor dan Johor.

Share This Video


Download

  
Report form