Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum PETRONAS akan menaikkan dua kategori elaun untuk pelajar di bawah tajaan mereka melibatkan 2,267 orang berkuat kuasa serta-merta.
Menurutnya, kenaikan itu melibatkan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.