Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) berbeza berbanding biasiswa pendidikan lain kerana ia bukan sahaja menitikberatkan kepada penajaan pendidikan berbentuk kewangan.
Malah PESP turut memperkasakan pelajar dengan sahsiah terpuji, kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Kumpulan PETRONAS, Farehana Hanapiah.