Kerajaan dalam perancangan untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark ketiga negara selepas Langkawi dan Kinabalu melalui Sarawak Delta Geopark (SDGP).
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, SDGP akan dipulihara dan dibangunkan bersama kerajaan pusat sebagai tapak geopelancongan selain sumber warisan seperti biologi, budaya dan tradisi setempat.