Mahkamah | PM dapat perintah injunksi sementara terhadap Lokman Adam

AWANI 2022-09-26

Views 0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mendapatkan injunksi sementara terhadap Datuk Lokman Noor Adam dalam saman berhubung dakwaan kenyataan berunsur fitnah menerusi media sosialnya.

Peguam Ismail Sabri, Ragunath Kesavan, berkata hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan injunksi sementara itu sehingga mahkamah mendengar dan memutuskan permohonan injunksi kedua-dua pihak pada 29 November ini.

Share This Video


Download

  
Report form