Kes gangguan seksual: Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom hadiri perbicaraan
BERITA SEMASA 27 SEPTEMBER 2022
Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada jam 9 pagi bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.
Ebit Lew, berusia 37 tahun atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim dilihat berpakaian serba hitam tiba dengan menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna hitam.
Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual dan prosiding perbicaraan bermula Selasa hingga Jumaat ini.
#BeritaSemasa #EbitLew #SinarHarian