Upacara pengebumian negara untuk mendiang bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang maut ditembak ketika kempen pilihan raya pada Julai lalu berlangsung hari ini di Nippon Budokan Hall, Tokyo.
Lebih 700 orang kenamaan asing dan rakyat tempatan memberi penghormatan terakhir kepada bekas pemimpin negara itu yang dikenali kerana menstabilkan arena politik Jepun.