Pihak pendakwaan berhujah bahawa hukuman penjara sebulan terhadap Lokman Noor Adam kerana kesalahan menghina mahkamah perlu ditingkatkan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa bekas ahli majlis tertinggi Umno itu harus dikenakan sekurang-kurangnya tiga bulan penjara.
Lokman didakwa menghina mahkamah berkaitan perbicaraan rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM2.28 bilion.