Satu siri jelajah Journey To The East Coast Sabah bersama kementerian pelancongan negeri itu telah berlangsung selama tiga hari.
Jelajah kali ini meliputi kawasan pelancongan berpotensi di sekitar daerah Lahad Datu.
Lokasi pertama jelajah Pantai Timur Sabah kali ini merupakan salah satu penempatan zaman batu di Gua Tepadung yang didiami suku kaum Idahan bermula pada tahun 1406.