Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut ke atas Tan Sri Tommy Thomas berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku yang dihasilkan bekas Peguam Negara itu.
Menurutnya, siasatan akan dilakukan antaranya di bawah Seksyen 124(I) Kanun Keseksaan - penyebaran laporan palsu; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.