Pemimpin Amanah Kedah buat laporan polis isu konsert
BERITA SEMASA 3 OKTOBER 2022
Pemimpin Parti Amanah Kedah mahu siasatan dilakukan terhadap dua pemilik akaun di media sosial yang didakwa memfitnah pemimpin parti berhubung aktiviti tidak beradab ditunjukkan pengunjung sebuah konsert berdekatan Masjid Zahir dalam keadaan terkinja-kinja, lapor wartawan Sinar Harian, Roslinda Hashim.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat Setiausaha Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris bersama Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Setar, Kedah pada Isnin.
Menurutnya, perbuatan tersebut merupakan suatu hasutan untuk menimbulkan kebencian terhadap pemimpin Amanah selain berhasrat menjejaskan reputasi wakil rakyat berkenaan.
Artikel: https://bit.ly/3UZz0kM
#BeritaSemasa #Amanah #SinarHarian