Tersasul lapisan syarikat, Tengku Zafrul undang gelak ahli Dewan Rakyat
BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengundang gelak ahli Dewan Rakyat susulan tindakannya tersasul menyebut perkataan lain ketika membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat.
Kesilapan itu berlaku ketika Tengku Zafrul mula membaca teks pembentangan yang menyentuh mengenai dokumen bajet yang sepatutnya merujuk kepada cetusan hati rakyat, namun tersasul menyebut syarikat.
Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Artikel: https://bit.ly/3RK8Uzt
#Bajet2023
#Belanjawan2023