Beri peluang Khaled Nordin tanding PRU15: UMNO Johor
BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022
UMNO Johor berharap Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diberi peluang bertanding pada PRU15.
Pengerusinya, Datuk Hasni Mohamad berkata, Datuk Seri Mohamed Khaled mempunyai peranan cukup besar di dalam parti dan seharusnya diberikan kerusi bagi mewakili BN pada PRU akan datang.
Pada PRU14, Datuk Seri Mohamed Khaled ketika itu Menteri Besar Johor tewas kepada Hassan Abdul Karim (PKR) di Parlimen Pasir Gudang dengan menyaksikan Hassan meraih majoriti undi 24,276.
Artikel: https://bit.ly/3T83gZj
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa