Tiga individu termasuk dua wanita pengsan selepas terhidu gas bahan kimia yang bocor dalam sebuah restoran makanan segera di Jalan Pandan 2/1, Pandan Jaya, Ampang, Selangor.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.55 pagi, pada Isnin.