Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk memuktamadkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sambil memaklumkan GRS bersedia menghadapi PRU15, Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, parti komponen gabungan itu telah mencapai beberapa persetujuan termasuk menggunakan lambang bersama.