Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 78 peratus daripada 120,557 anggota bagi penugasan-penugasan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan berkata, ini susulan pengumuman pembubaran Parlimen ke-14 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.