Kerusi yang bakal ditandingi Khairy Jamaluddin terus menjadi teka-teki meskipun selepas Parlimen dibubarkan semalam.
Bercakap kepada pemberita petang ini, penyandang kerusi Parlimen Rembau itu menegaskan perkara berkenaan akan diputuskan oleh kepimpinan Umno dan dia akan mematuhi keputusan parti.