Kemelut politik yang melanda negara ketika ini perlu ditamatkan segera dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sehubungan itu, orang ramai yang ditemui di sekitar Johor Bahru menzahirkan kesediaan untuk keluar mengundi bukan sahaja memperbetulkan situasi politik, malah menentukan hala tuju dan masa depan negara.