Ini sebab kenapa orang Melayu masih susah

Sinar Harian 2022-10-12

Views 7

Ini sebab kenapa orang Melayu masih susah

SAKSIKAN VIDEO PENUH DI: https://www.youtube.com/watch?v=glIBBVj-wac&t=100s

Semakin banyak kementerian dan agensi ditubuhkan untuk membantu kaum Melayu, semakin rumit untuk ia diselaraskan.

Demikian menurut Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad.

Memberi contoh ketika pemerintahan Tun Abdul Razak Datuk Hussein, sebuah agensi bernama Implementation Coordination Unit (ICU) diletakkan di bawah seliaan pegawai kerajaan yang paling kuat ketika itu agar pelaksanaannya tidak kucar kacir.

Dr Hasan berkata, pada hari ini, disebabkan tiada penyelarasan, golongan sasar (orang Melayu yang perlukan bantuan) menjadi lebih keliru.

Beliau berkata demikian dalam program Bersama Johan Jaaffar pada Rabu.

#BersamaJohanJaaffar #SinarHarian #Melayu #MajlisPerundinganMelayu #KetuananMelayu #MelayuBerpecah #PartiPolitikMelayu #Malaysia #DasarEkonomiBaru #DEB #OrangMelayu

Share This Video


Download

  
Report form