PRU15: Individu positif Covid-19 dibenar mengundi
BERITA SEMASA 13 OKTOBER 2022
Individu yang positif Covid-19 namun tidak kritikal akan dibenarkan mengundi pada PRU15.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun individu tersebut perlu mematuhi SOP ketat yang akan diumumkan oleh SPR kelak.
Menurut beliau, pihaknya telah bermesyuarat dengan SPR bagi mengesyorkan beberapa cadangan untuk dimasukkan sebagai SOP bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar dan selamat.
Artikel: https://bit.ly/3eqH8up
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15