Selepas dua tahun tertunda, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia kini kembali meneruskan pameran bergerak laterasi kewangan di Sabah dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dalam pengurusan kewangan berhemah.
Pengarah Bahagian Muzium dan Hospitaliti, Noreen Zulkepli berkata, pameran selama enam bulan hingga April 2023 itu menjadikan Sabah lokasi kelima sejak pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015.