Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini mencadangkan kerajaan untuk membangunkan sebuah sistem bersepadu yang komprehensif dalam memudahcara proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut merupakan rangka strategi ke arah jaringan kesejahteraan sosial yang merupakan sebuah agenda kemampanan lebih inklusif dan lestari.