Mayat seorang lelaki warganegara Nepal ditemui dengan kesan kelar di pergelangan tangan di atas bumbung di Kawasan Perindustrian Kinta Jaya, Ipoh, Khamis malam.
Polis percaya lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu membunuh diri dan sebilah pisau turut ditemui pada jarak kira-kira tiga meter dari mayatnya.