Tarikh pengundian pada 19 November dilihat tepat dan bersesuaian bagi semua pihak.
Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tempoh sebulan sebelum pilihan raya ke 15, membolehkan orang ramai merancang perjalanan untuk pulang ke kampung dan mengundi.
Manakala untuk parti politik pula, tempoh itu sesuai untuk merencana kempen bagi menarik hati pengundi.