Sarawak akan menarik kerjasama global dalam membangunkan aktiviti komersial yang didorong teknologi bagi pasaran antarabangsa, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Menurutnya, aktiviti hiliran bernilai tinggi bagi industri berasaskan sumber juga akan dimanfaatkan negeri itu selain menjenamakan Sarawak sebagai destinasi utama ekopelancongan dan acara perniagaan di rantau ini.