52 PATI bawa lori, forklif ditahan
BERITA SEMASA 21 OKTOBER 2022
Mengambil upah sekitar RM50 ke RM100, pendatang asing tanpa izin berani bekerja sebagai pemandu lori dan pengendali forklift di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur walaupun tiada lesen memandu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil.
Malah, beberapa PATI yang ditahan JPJ dalam Op Pemandu Warga Asing (Op Pewa) di pasar berkenaan mengaku telah beberapa tahun menjadi pemandu lori menghantar barang dagangan di sekitar ibu negara.
Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Zulkifly Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan 239 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Pewa yang dijalankan sekitar dua jam itu.
Artikel: https://bit.ly/3Ske5q8
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa